.:.am&rani.:.

By: rani ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Sep-2008 08:09 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Salam,

Dah lama tak update fotopages ni. Maaf banyak2. Dah lebih 2 minggu tak boleh access site nie. Pelik dan ajaib sebab site lain tak dek masalah. Dah berkali2 telefon geng TM (streamyx,) tanya & report pasal problem nie. Dah fed-up dah. Anyway, bakedecorate2u masih beroperasi dengan jayanya. Dan buat masa ini, sebarang pertanyaan dan communication boleh dilakukan melalui http://bakedecorate2u.blogspot.com.

babai ...


Saturday, 12-Jul-2008 05:56 Email | Share | | Bookmark
.:.hershey's perfectly kek cekelat.:.

untuk nurul...
from shima...

Quote:
Buat 2 ketui kek ni...seketui for my customer, NuRuL...hepi makan kek birthday dan seketui lagi untuk dingap dengan lahapnya ...tak plan pon nk buat resipi ni tapi teringat k.daalia bg taw sedap resipi nih ...pastu korek korek kt fp mamafami jumpa la kan...pastu tak puas hati lagi...tepon mama tanya...ada la beberapa cadangan...tapi mama bg taw pon yang ni la best...so pung pang pung pang jadi la 2 ketui... sangat sedap ooooo hat yang seketui lagi...dah nguk ngap nguk ngap lepaih keluaq dari oben tanpa sebarang mekap ....so thanks mama.... ,


Quote:
Mesej untuk mama...terima kasih banyak banyak noooo...sharing is caring taw ...mama lagi satu memula terkejut tengok bancuhan tu cayaq taw tapi pederaih ja...tapi alhamdulillah jadi segah nama keknya terkesima dek rasanya...





Quote:
HERSHEY'S "PERFECTLY CHOCOLATE" Chocolate Cake
Sumber : Mamafami

Bahan-bahan :

2 cawan gula
1-3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1-1/2 sudu kecil serbuk penaik
1-1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air mendidih

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikabonat dan garam ke dalam mangkuk.
Masukkan gula dan kacau sebati.
2. Masukkan telur, susu segar, minyak masak dan esen vanilla ke dalam bancuhan tepung tadi dan
pukul selama 2 minit. (Mama tidak menggunakan mixer, jadi mama pukul lama sedikit).
3. Tuangkan air mendidih ke dalam adunan. Bancuhan akan menjadi agak cair.
4. Tuangkan ke dalam loyang cupcakes yang telah di alas dengan cawan kertas.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 350°F/180 C/Gas nombor
4 sehingga masak.



Quote:
Ni pulak dek non shima sebelah dapoq bagi award ni...rasa macam tak layak ja terima award ni sebab selalu apdet fp ikut rasa sesedap hati che rani jaaa... tapi orang dah suruh pi amik, angkut ja la... cakap banyak pulak ...tunggu gosip che bedah hat lain pulak nooo


Babai
Rani
http://bakedecorate2u.blogspot.com






Tuesday, 8-Jul-2008 16:26 Email | Share | | Bookmark
.:.sotong golek tepung.:.

sekali rasa tak cukup sepinggan...


Korek korek kat my resipi jumpa resipi ni ole che 'iza tima kasih nooo...sedap oiii macam makan kat kUaLa PeRliS hullalahup... rani try buat dan ejas ejas sikit jadi pulak sotong golek tepung sebab bukan celup tapi golek golek dalam tepung pastu golek golek dalam belanga pulak

Quote:
SOTONG GOLEK TEPUNG

Bahan - bahan
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah
minyak utk menggoreng

Cara-cara:
1. Sotong dihiris, tos hingga kering airnya @ amik kitchen towel lap
bagi kering sotong tu supaya nanti goreng tak meletop -l etop
2. Gaul sotong dgn garam.
3. Pukul telur dan masukkan sotong. Gaul bagi sebati ngan telur.
4. Satukan tepung dan bahan - bahan kering lain, campur dan kacau rata [tak perlu masuk air]
5. Amik sotong dan golek dalam tepung tadi
6. Panaskan minyak, tapi ngan terlalu panas, kemudian baru masukkan sotong tapi sila goreng seketui
seketui nooo..goreng bagi golden tapi jangan lama sangat nanti liat ok


Rani
http://bakedecorate2u.blogspot.com


Sunday, 6-Jul-2008 03:16 Email | Share | | Bookmark
.:.u & me.:.

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
&
u and me, u and i, saya dan awak, saya dan kamu, sayang dan abang, sayang dan sayang, yang dan abang, honey and darling, honey and baby, pa and ma, mom and dad, mummy and daddy.....jangan mummy and puppy sudah daaaaaa ooooo lalalala semuanya sama maksud




Hoaaaaaaaaa ni seketui lagi kek yang rani kendong bersama kek-kek fondant dari kL ke ChAnGluN. Di samping mengendong kek-kek lain, kek ini menjadi pOjAaN hati ku....kek untuk BeLaTeD BiRtHdAy gergirl and boboy a.k.a am & rani @ a.k.a aMrAn & NuWaIraNi.....hahaha hohoho yang tak akan rani lupa dalam lipatan kenangan sebab kek besday yang paling lama berjalan ...kebetulan besday rani and hubby dekat dekat tapi bukan la selang semenet @ sehari @ sejam tapi bulan dekat dekat jadi amek la kesempatan oder kat tokei cheesecakeYatt, sbb nk tengok secara "live" sentuhannya...alhamdulillah kek selamat sampai bersama tuannya tanpa sebarang kemalangan ngeri Yeayyyyyyyyyyyy!!!. Kalau nk oder sila nooooo, kat yatt...



Dek terasa sangat sangat sangat nk makan yatt's special cheesecake, rani terus sms dan call yatt. Sila tenung hingga juling bagi yang berminat tapi jangan sampai penin , bagi yang nk mencilok idea sila dapatkan permit mencilok bagi yang terasa nk ngap kek sudah ilek untuk ekstra jelas, segala bunga, daun dan ranting tu semua dilukis bersaiz ekstra ekstra s, haluih haluih cikonet tapi rani soka . Kek ni di deliver sendiri ole tokei cheesecake kat kelas cikgu lynn sambil sengeh sengeh malu...



Pokok anggur subur...berbunga dan berbuah dengan lebatnya.....


Merayayap-rayap macam pokok kacang ajaib...cita itu sungguh best~!!!



Rasa????? aahhhhhhhh sangat sedap ok bila blend rasa cheeese,ceri hitam,cekelat ganache dan gajus, sedap nooooo...bole repeat oder yatt hang jangan lupa noooo ahemmmm untuk aku...hik hik hik......
So daggggg
Rani
http://bakedecorate2u.blogspot.com


Tuesday, 1-Jul-2008 04:34 Email | Share | | Bookmark
.:.Suka ria ribena berry di Lynnton Class.:.

berehat di sini
selesanya
mutabak special...tokei kek cekelat belanja
View all 27 photos...
Transit pertama
Tarikh : 26 - 27 jun 08
Tempat : Kuantan, Pahang.

Transit kedua
Tarikh : 27-29 jun 08
Tempat : Saujana utama, Sungai buluh.



Quote:
geng-geng terlibat : k.farah rani aimi k.daalia k.rikha k.ana anna ita chepahk.aishah zaitgha


Yeayy~!!!
Ohohoho
Wehuuuuuuuuuuu sangat suka gelak tawa pabila dapat kendong balik 3 ketui kek yang besar gajah semuanya disamping seketui beg galas belakang dan seketui beg galas sisi walaupun penat sangat. Sebelum pi kelas lynn kali ni rani rasa rani nk buat keja gila sikit kot... bukan selalu bole buat. Memandangkan ada diantara geng geng rani yang akan turun dari pahang so rani pon cungkit turun ke pahang dulu, walaupun agak jauh la kan tapi rasa macam tak kesah walaupun jauh di samping dapat berjumpa geng-geng nakal semula . Bila sampai di Pahang baru rani akan join the club untuk turun ke KL semula. Perjalanan dari Canglun ke Kuantan mengambil masa 12 jam ohohoho wehhhhh lenguh punggung weiiiii .Sebenarnya dia orang plan nk pi pastry pro dulu satu hari sebelum pi ke kelas lynn....jadi rani mengikuti rombongan che farah dari kuantan

Antara yang terlibat dalam rombongan adalah k.zatidhati tokei kek kelat, k.farah, k.rikha, aimi dan rani. Penuh satu keta semua dari pahang kecuali rani Malam sebelum rani bertolak ke pahang ada la ym dengan tokei kek cekelat tapi sebelum tu rani dah inform k.farah bahawa rani bertolak ke pahang pada pukul 6.30 petang hari khamis dan akan sampai pada hari jumaat pagi mungkin lebih kurang jam 6 pagi..jadi akan transit di rumah k.farah untuk mandi supaya tak busuk o.k...tapi tokei kek cekelat kata hAnG tAk PaYah MaNdi DaH rani , cikgu Azli HaNtAr k.zati PuKui 6.30 pagi, NaNti HaNg MaNdI kat RnR tu, Akak TakOt DuK kat SitU NaNtI KeNa CuLiK ishhhh busuk la rani kalau tak mandi...dah la tu sapa la nk culik dia..hik hik hik menjadi sungguh tokei ni...tup tup rani sampai kat kuantan k.farah bg taw tokei kek ada hal pulak tak jadi la 6.30 pagi...tunggu punya tunggu rupanya dari 6.30 pagi TeRuS jadi 11.00 pagi hahaha hohoho tapi sebelum tu rani sempat transit kat rumah mak k.farah untuk mandi supaya tak busuk ok dan jumpa mak k.farah yang sangat baik macam k.farah dan suka interbiu rani terima kasih makcik di atas layanan yang diberi ya...moga kita berjumpa lagi di lain lembaran Insyaallah.

Perjalanan diteruskan ke kl setelah ambil aimi dan k.rikha di exit temerloh..perjalanan alhamdulillah lancar dan seronok apatah lagi kali ni laju jer k.farah bawak memandangkan kami agak lewat disebabkan kejadian menunggu tokei kek cekelat yang sampai PuKui 11.00 pagi BuKan PuKuI 6.30 pagi nasib baik 11.00 pagi BuKaN 11.00 MaLaM noooo .Ohohoho perjalanan diteruskan sehingga kami selamat sampai ke pastry pro dan yen puchong untuk acara shopping moping yang tak hengat donia ...Lepas shopping dan makan, acara menjejaki Kondo bukit rahman putra pulak milik tokei cuppies noooo ..kami sesat sunguh-sungguh hingga tersangat letih dan ingin serender untuk ke balai bolis disebabkan tak jumpa sungai buluh dan kondo itu...berkat pertolongan Lynn dan tokei cuppies kami selamat sampai dalam keadaan yang sangat lapaqqqqqq dah jumpa horayyyyyyy yeay!!!





Inilah kondo yang kami menginap milik tokei cuppies daalia...sangat selesa dan malam itu juga daalia belanja kami makan-makan yang sangat happening di Lah restoran sungai buluh yang sangat sedap dan best hingga menjilat jari sampai siku hohoho....untuk esoknya pula kami sekali lagi dibawa oleh daalia untuk brekfes istimewa makan murtabak spesial...kali ni nak taw dak sapa yang belanja...tokei kek cekelat tima kasih dan moga murah rezeki nooooo.....murtabak ni memang sedap dan banyak daging nya...bukan macam ada setengah tu yang banyak sayur daging atau ayam sikit masa brekfes ni juga che pah pun turut serta bersama geng-geng kami yang nakal ni ....masa brekfes ni pon sangat best dan enjoiceeee


Horayyyyy Kelas bunga royal icing yang dikendalikan oleh Lynn akan bermula...kelas bermula pada pukul 10.00 pagi yang disertai oleh k.zati[asistant lynn], k.farah, rani, daalia, aimi, k.rikha, ana penang, anna putrajaya, ita, chepah, aishah dan zaitgha....keadaan kelas sangat selesa dan sajian yang disajikan pula mengancam selera sangat sedap o.k...disamping cikgu lynn yang sangat sabar dan seorang yang sangat tidak kedekut ilmu...






Inilah gambaran suasana di kelas yang sangat selesa dan best...ala-ala buat kek orang putih...bunga-bunga mat saleh tempat mesti la best sebab nak sesuaikan dengan suasana tu la kan semua student muka syiokkkk jer...yang senyum-senyum sambil buat peace pon ade...hohoho sangat best dan suka ria lain kali buat kelas kat sini lagi ya lynn...sangat besar, luas dan selesa...tempat makan pon luas...

















Bermulanya kelas ini rasa seronok sangat sebab sebelum ni penah tengok bunga-bunga ni kat buku wilton tapi kali ni kami semua akan belajar membuat bunga-bunga dari royal icing ni...cantik weiii...suka sangat. Lagi pulak cikgu kami ni baru ja habis belajar kat wilton untuk course1-course3...jadi berpeluang la kami belajar buat bunga-bunga ni dengan teknik wilton hahaha ohohoho sila jangan jeles...kami belajar 11 jenis bunga termasuk 1 jenis rose fondant bunga-bunga yang kami buat seperti easter lily[putih sedikit besar], poinsetta[pink sedikit besar], petunia[kuning sedikit besar], rose bud, mum[crysanthemum], apple blossom[pink kecil], violet[purple kecil], daisy, daffodil, pansy, primrose dan rose fondant...antara semua ni rani suka buat bunga easter lily, petunia, rose bud, apple blossom, pansy[dua warna] dan primrose. Semua bunga-bunga tu sila tengok di atas ok sampai juling noooo . Bancuhan resipi royal icing lynn ni memang perfect sangat sebab bunga yang dihasilkan dari resipi ni memang voguegitasss noooo...bukan nk puji yer tapi hakikat bunga yang kami buat ni memang la jadi macam-macam bentuk ada yang besaq ada yang kecik ada yang comei ada yang huduh ada yang kembang ada yang kuncup ...logik la kan baru belajar mana bole terus perfect, lain orang lain tangan lain la bunganya tapi bukan salah RI tapi tangan kami yang kena pi terapi dulu tapi kalau jadi bunga sure gempaq

So semua ni hasil bunga yang kami buat selama seharian dari pagi hingga petang...dalam pukui 5.30 petang kot, tu bagi yang mai untuk kelas bunga RI taw. Tapi bagi kami 2 budak nakai [aimi dan rani] serta 2 lagi budak baru nk nakai [daalia dan ita] kena stay untuk tambah lagi amount bunga yang kami kena buat, padan muka kami kena buat tambah la sebab bunga-bunga kena banyak nanti nak boh ataih kek fondant untuk kelas kek fondant esok nooo... lagi satu kena buat lagi bunga tu takot-takot pecah, nanti bole la buat spare... tu yang terhegeh-hegeh buat bunga sampai pukui 8.30 malam so settle semua tak payah penin-pening untuk kelas esok sebab bunga dah ada dan dah kering





Tadaaaaaaaaa Hulalala kelas cake fondant bemula...hohoho kena buat 2 biji kek dimana satu kek fondant reben dan satu lagi kek fondant dua tingkat ...pelbagai teknik dan tunjuk ajar dari lynn macam mana nak balut kek-kek yang nak dibuat tu...kalau pecah macam mana nk atasinya, nak bagi licin macamana nk buat dan ada lagi tips-tips yang lain... Lynn juga ada buat design untuk kek dua tingkat supaya design semuanya tak sama... Bermula lah uli menguli...ya Allah penatnya menguli sebab tu la kan orang charge kek fondant ni harganya mahai sebab nk buat pon boleh tahan noooo...lepaih uli dan o.k baru bole letak atas kek untuk seisi balut mebalut tu nooo...tapi nak balut tu bukan hanya bole letak sekali terus jadi tapi berkali-kali, esp bagi kami yang baru ni...penat oiiiii dah selesai balut touch up - touch up, boh bedak sikit, tutup jerawat baru boleh tepek bunga yang kembang tak kuncup-kuncup walaupun beralih musim lepai tu touch up lagi supaya anggun, menyerlah dan mempersona cuba tengok tu!!!!
























Quote:

Ucapan terima kasih buat:
**Lynn diatas tunjuk ajar di dalam kelas...serta menjadi guru yang sentiasa cool walau dalam masa-masa kecederaan semoga Allah memberi rezeki yang mencurah-curah untuk lynn sekeluarga...
**K.farah kerana sudi menerima rani sebagai tetamu setiap masa...terima kasih...alhamdullilah kerana dapat kawan sebaik k.farah
**Daalia terima kasih banyak-banyak menumpangkan kami menginap di kondo mewah milik mu....dan belanja makan-makan yang sangat happening...seronoknya...moga Allah tambahkan rezeki yang melimpah ruah...
**Kawan-kawan lain semoga kita dapat berjumpa lagi...insyaallah... jumpa lagi noooo...




[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net