.:.am&rani.:.

By: rani ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Jan-2008 14:03 Email | Share | Bookmark
:salam Ma'al Hijrah:

 
 
 

SATU MUHARAM DETIK PERMULAAN
PERKIRAAN TAHUN ISLAM HIJRAH
PERPINDAHAN NABI DAN UMAT ISLAM
DARI KOTA MEKAH KE KOTA MADINAH

ATAS KEYAKINAN DAN IMAN YG TEGUH
KAUM MUHAJIRIN DAN ANSAR BERSATU
RELA BERKORBAN HARTA DAN NYAWA
DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA

HIJRAH ITU PENGORBANAN
HIJRAH ITU PERJUANGAN
HIJRAH ITU PERSAUDARAAN
HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN

OLEH ITU MARI SEMUA
KITA SAMBUT MA'AL HIJRAH
TINGKATKAN SEMANGAT
TEGAKKAN SYIAR ISLAM

UNTUK SEPANJANG ZAMAN
UNTUK SEPANJANG ZAMAN
UNTUK SEPANJANG ZAMAN



salam Ma'al Hijrah 1429
mudah2ah pd tahun ini Allah mengurniakan keberkatan sepanjang tahun
disamping memberi taufiq dan hidayah ke dalam hati semua umat Islam kita khususnya
sempena melangkahnya kita ke tahun baru ini rani sekeluarga mendoakan
yg terbaik untuk anda semua insyallah

xtvti ceruk dapuq pulak x da la yg dedoom
just yg sempoi saja hahaha
belen lg 1/2 mee tu ada lepaih tu apa lg
godek2 jd lah mee kuah yg sempoi nih



ni lah rupa mee kuah rani yg sempoi tu yer





MEE KUAH

Bahan:
1/2 kg mee
150 gm sotong [dipotong]
150 gm udang [dipotong]
2 biji telur
50 gm taugeh
20 gm kucai [dipotong]
4 cawan air
2 s/b sos cili
1 s/b sos tomato
1 ketul kuib ayam
1 s/b kicap
garam

Bahan tumis:
Bawang putih [dimayang]
Bawang besar [dimayang]
2 s/b cili mesin
1 biji tomato [dipotong]
minyak

Bahan hiasan:
Daun sup
Daun Bawang
Cili merah
Tomato

Method:
1.Panaskan minyak. tumis bahan tumisan hingga masak.
2.Masukkan air biar mendidih. Masukkan udang, sotong.
3.Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, kiub ayam.
4.Pecahkan telur biar mendidih dan masak. Masukkan garam suaikan rasa.
5.Masukkan mee, taugeh, dan kucai. Padamkan api.
6.Sedia utk dihidang. Tabur dgn bahan hiasan.

Quote:

Hajar - salam maal hijrah juga yer heheh sedap cuba la..
masriyah - salam maal hijrah juga yer mee ni mmg kena makan panas2 klau dh sejuk nanti kembang heheh
mamaella - sedap taww meh la sini
aimah rafidah_aimah@yahoo.com - tima kasih. selamat brkenalan juga yer
salam maal hijrah..
hanieliza - thanks k.liza.dh abih ler...
marlin - salam maal hijrah juga buek ko nk cilok??? sila lah
merpati66@yahoo.com - hikhikik buat laaa
kak jie jie - salam perkenalan juge yer kak. biase2 jer kaktq
tok janggut - kita dh tengok tok comei
kamalina - salam perkenalan juga yer heheh thanks bebanyak yer
rani pun suke ronda kt fp kamalina comei sangat. rani memang suke sangat2 cc tu
tp skrg masa x sempat sangat
anoy - memang sedap lebih kurang sama ja kotttttttt
Lee Lin - thanks. sikit jer org lain dh berasap dhhhhh
Aliza - heheh tq. kebetulan jer tu masak mee
Daalia - sedap2 makan panas
maklang - mai la makan thanks
ida65cakes - heheh
Daalia - klau g kat situ mesti nk duk atas epal tuuu
mamasya - ni mee kuah la mama. bukan merebussssssss
Nur - Hi nur. heheh lapo ker??? sedap tawww Salam,
Daalia - rani dh bole pm dah
Daalia - bagus2 dh popular
Misliha - pandai2 la akak hih... dia tu lagi pandai deko kek comei sangat2


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net