.:.am&rani.:.

By: rani ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Feb-2008 05:08 Email | Share | Bookmark
:all in 1:

kari ayam + telur
ini mesti mau ada...
nasi 1!
ayam goreng sos tiram
ayam padprik
daging goreng bersayur
menunggu giliran
cucur udang
bahan2 padprik
Salam
uhuk uhuk uhuk
ahaaaa dh dkt 2 minggu dok batuk2 ada gak aritu dok demam ckit2. demam dh o.k batuk x abis lg...padan muka mau x sebab air ais selalu sangat minum apa lg berkokok x abis2 musim sekarang kan panas dan kering...so air ais tu memang wajib kpd peniaga2 air tu masa ni la untung berlipat2 tp ingat jg kebersihan!!!

so nih masa nk hapdet menghapdet suma nya masak memasak no more jalan2 jalan2 or suka ria hati mybe nek week kot tu pun klau tuan besar enggak cbuk beliau cbuk d kantor bikin urusan setting menyeting ratusan otak jepun bersama teman2 nya

rani stat ngan hat ni dulu

nasik cem ini dh lama x buat sendiri..bila terlalu teringin kena la buat nih dia nasi daging berempah heheh...

NASI DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan
300 gm daging [potong sederhana nipis & lebar]
2 cawan beras [basuh & tos]
2 cawan air
1/2 paket rempah kari daging [larutkan dgn sedikit air]
1/2 paket rempah kurma [larutkan dgn sediit air]
1 sk gula
garam


Bahan tumisan
sedikit kulit kayu manis
sedikit bunga lawang
sedikit bunga cengkeh
sedikit buah pelaga
2 sb minyak
1 sb minyak sapi


Bahan dimesin [dihiris kemudian dimesin]
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 biji tomato
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-cara
1.Panaskan minyak + minyak sapi. tumis bahan tumisan kemudian masukkan bahan mesin. kacau hingga wangi dan agak garing.
2.Masukkan kedua2 rempah. kacau hingga masak.
3.Masukkan daging. biar daging betul2 masak. kemudian masukkan air.
4.Masukkan garam + gula.biarkan mendidih.kemudian tuangkan ke dlm rice cooker.
5.Akhir masukkan beras. kacau kemudian tutup rice cooker.masak seperti nasi biasa.sekali sekala buka periuk dan alih2 nasi

serta rakan2 taulan yg lain


KARI AYAM


Bahan-bahan
4 ketul ayam [potong sederhana & tos]
2 biji ubi kentang [potong kasar]
1 cawan santan [sederhana pekat]
1 paket rempah kari daging [dilarutkan dgn sedikit air]
2 sb kerisik

Bahan tumisan
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
minyak

Bahan mesin [dihiris dan dimesin]
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara
1.Panaskan minyak.masukkan bahan tumisan. kemudian bahan mesin kacau hingga agak garing.
2.Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak.
3.Masukkan ayam kacau hingga sebati dgn rempah. masukkan santan. biar mendidih.
4.Masukkan kentang + kerisik. Kacau dan biarkan semua bahan masak. perlahankan api.
5.Padamkan api.sedia untuk dihidang.




ni pulak ayam goreng sos tiram tp rupa mcm dh hangus dan hancusss ayamku kan??? heheh bila dh goreng ngan sos tiram @ kicap memang hitam legam cam nih ...nk buat nih senang ja cuma nk kena perap dlm satu jam kalau dok menunggu memang lama jgn tunggu ...bahan nk perap bersama adalah bawang putih.halia.serai.lengkuas.suma ditumbuk atau mesin. ikut rasa hatilah nak tumbuk atau mesin.garam.kunyit.sos cili.sos tiram.gaul suma pastu goreng dgn minyak yg manyak



acar nih ooopp ada yg panggil jelatah tp rani panggil acar..menda nih wajib ada klau rani masak menda cerewet mcm nih klau x, makan slow laa rasa muak pon ada so menda nih kasi potong yg muak2 tuh . Bahan2: timun+tomato+bawang dipotong. gaul dgn garam+gula+cuka.siap utk dihidang. simpan dlm peti sejuk.baru .so suma dh cukup set jd boleh la legooooooo

nih nk tepek ayam padprik + daging goreng bersayur + rojak + dadih + cucur udang yer


AYAM PADPRIK

Bahan-bahan
300 gm ayam [hiris nipis + garam]
sedikit kacang panjang [potong 1 1/2 inci]
sedikit karet [potong 1 1/2 inci]
sedikit daun limau purut [koyakkan]
sdikit hirian tomato
1 labu bawang besar [potong bulat]
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1 sb sos tomato
sedikit air

Bahan tumis
1 ulas bawang putih [dimayang]
1/4 labu bawang besar [dimayang]
minyak

Cara-cara
1.Panaskan minyak. tumis bahan tumis hingga wangi.masukkan ayam. kacau hingga masak.
2.Masukkan sos cili + sos tomato + sos tiram + air kacau.biarkan agak pekat.
3.Masukkan karet + kacang panjang + bawang + daun limau purut. kacau seketika padamkan api
4.Sedia utk dihidang.






so ada lebih karet + kacang panjang bole la di kawankan dgn daging ni..

DAGING GORENG BERSAYUR

Bahan-bahan
300 gm daging [potong nipis + garam + kunyit]
sedikit kacang panjang
sedikit karet
1 labu bawang besar [hiris bulat]
2 sudu kicap manis
sedikit air asam jawa

Bahan tumisan
bawang besar [dimayang]
bawang putih [dimayang]
1 inci halia [hiris nipis]
minyak

Cara-cara
1.Panaskan minyak. tumis bahan tumisan hingga wangi.
2.Masukkan daging.kacau hingga masak.
3.Masukkan air asam jawa kemudian kicap. suaikan rasa.
4.Masukkan kacang panjang + karet + bawang.kacau kemudian padamkan api
5.Sedia utk dihidang




ni pulak teringin nk makan rojak buat la yg sempoi je janji dpt terkenang makan rojak masa bebudak dulu

ROJAK SEMPOI

Bahan-bahan
1/2 biji sengkuang [dipotong sederhana tebal + besar]
1/2 biji timun [dipotong bulat melintang]
3 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sb kicap manis
2 sb kacang [digoreng + ditumbuk]

Cara-cara
1.Masukkan sengkuang + timun ke dlm bekas ketepikan.
2.Dlm bekas berasingan campurkan sos cili + sos tomato + kicap kacau sebati.
3.Tuangkan sos tadi ke atas sengkuang + timun. kemudian taburkan kacang.
4.Sedia utk dimakan




dadih...makan ketika betul2 sejuk di musim2 panas begini

DADIH

Bahan-bahan
430 gm susu tepung
410 gm gula
4 liter air
13 gm agar [direndam-lebih lama lebih baik]
perasa idaman

Cara-cara
1.Air dimasak hingga mendidih.
2.Masukkan susu ke dalam bekas berasingan.Masukkkan 2 liter air mendidih ke dalam susu. kacau kemudian tapis.
3.Baki air yg mendidih td masukkan agar2. kacau hingga betul2 hancur dan larut.
4.Masukkan gula dan kacau hingga larut dan mendidih.padamkan api.
5.Masukkan susu dan kacau sebati. Perisakan dadih.
6.Kemuadian boleh dituang kedlm bekas




CUCUR UDANG

Bahan-bahan
300 gm udang [dibersihkan]
5 senduk tpg gandum
1 senduk tpg naik sendiri
sedikit daun sup [dipotong]
sedikit daun bawang [dipotong]
1 biji telur
2 labu bawang besar [dihiris]
1 tangkai cili merah [dihiris]
3 cawan air [agak2 lah yer ]
serbuk kunyit
garam

Cara-cara
1.Semua bahan di atas disatukan ke dlam bekas kecuali air + telor + garam dimasukkan kemudian.
2.Gaul hingga sebati. suaikan rasa.
3.Sedia utk di goreng dgn minyak yg banyak. jemputkan dan goreng.
4.Setelah digoreng sedia utk dihidang

daggggggggggg





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net