.:.am&rani.:.

By: rani ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Apr-2008 01:16 Email | Share | Bookmark
.:.kapis maulidurrasul + nasi kerabu.:.

ula juli bintang 7
mekap1
mekap2
boh fondation
3 sekawan
3 sekawan lg
mekap3
rakan taulan
lain2...
biru sungguh..
Salam dan selamat sejahtera...
Ni ada sedikit ole2 utk jemaah yg menghadiri ceramah Maulidurrasul kt cni..kebetulan memang nk buat kapis sbb lepas kelas blom mencoba jd kapis ni suma menjadi santapan mereka yg menjadi despatch nyer adalah hb,,, katanya" yang depa suka la" heheh alhamdulillah





ok yg lain ada kt bawah tu..tu...dan sebelom tengok nk bg taw rani boh kala kali ni kacau x betui2 rata jd ada yg betelau2

wajah asal adalah sunflower tp setelah di cocok kolagen dan botok terus jd lotus




















selesai ja bersokaria bersama butter cream seisi menanak nasi kerabu pon bermula...



resipi ni x ingat dpt dari mana tp dari blogspot...tuannyner rani amik resipi yer..

NASI KERABU

NASI
Bahan-bahan
2 cawan beras
2 btg serai [ketuk]
sedikit bwg besar mayang

Cara-cara
Basuh beras.Masukkan air + bawang + serai +pewarna biru.Masak nasi seperti biasa.

KUAH TUMIS BUDU
Bahan-bahan
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
5 biji cili kering
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan budu
1 keping asam keping
minyak utk menumis
gula

Cara-cara
1.Bawang besar + bawang putih + cili kering + serai + halia dimesin
2.Panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing
3.Kemudian masukkan santan pekat dan budu.
4.Tambahkan sedikit air dan gula sekadar perlu.
5.Bila mendidih,bolehla dipadamkan api.

SAMBAL IKAN
Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung [salai atau bakar. ambil isi ketepikan]
1 cawan kelapa parut [jadikan kerisik]
5 ulas bawang merah
2 batang serai-mayang halus
1/2 inci halia
lada hitam
garam
gula

Cara-cara
semua bahan2 di atas ditumbuk hingga rata. Kemudian seswaikan rasanya

ULAM2 [mayang halus kecuali taugeh]
Bahan-bahan
daun kesum
kobis
serai
bunga kantan
taugeh

Semua ulam2 digaul kemudian dihidangkan bersama nasi.

SOLOK LADA
Sumber:citarasapilihanintan.blogspot.com
Bahan-bahan
2 ekor ikan [bakar @ salai]
2 cawan kelapa parut
6 ulas bawang
3 hiris halia
1/2 camca teh lada hitam
1 cawan santan
1 biji telur ayam
10 tangkai cili hijau
2 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara-cara
1.Tumbuk bersama isi ikan,lada hitam,halia dan bawang merah.
2.Satukan bahan tumbuk,kelapa parut,garam,gula.Gaul.
3.Masukkan telur.Gaul lagi.
4.Belah cili dan sumbat ramuan ikan.
5.Atur dalam periuk tanah,taburkan gula dan garam.Curahkan santan ke atas cili.
6.Masak di atas api sederhana sehingga ia masak.

selain tu lauk lain seperti daging bakar[rempah biji ditumbuk + garam dibakar], telur masin, keropok dan ayam goreng


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net