.:.am&rani.:.

By: rani ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Apr-2008 08:29 Email | Share | Bookmark
.:.n3 penamat april.:.

basket weave with handle
naruto novelty cake
3 tier wedding kek
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
"Barangkali inilah kenangan yg paling banyak nk ku coretkan di alam siber ini...kisah aku.upm.kek dan kawan fp aku...begitulah sebenarnya"


Date: 23-27 april 2008 [rabu-ahad]
Vanue: UPM, MARDI & ayu house


Perjalanan begitu membosankan walaupun sebenarnya aku pergi mengejar cita-cita lama...itulah ungkapan yg paling tepat...aku mula bertolak dari CaNgLuN ke AlOr SeTaR dari hari rabu lagi kemudian bermalam di rumah kakak ku. Kali ni aku terpaksa ke KL seorang diri tanpa bertemankan hb pada hari keesokkannya kerana hb telah berada di kl untuk menghadiri training bermula isnin hingga jumaat...kiranya aku dan hb "akan dating" on saturday heheh...

So walaupun perjalanan yg dikira memakan masa 6 setengah jam klau dikira dari canglun...macam-macam benda dan yg ku fikirkan dalam perjalanan...tetapi di sebabkan semangat hendak belajar mendeko kek bersama ayu aku redah saja walaupun sudah 6 tahun aku tidak drive sendirian ke kl....sebelum ni aku pernah tinggal di sana kerna tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat menimba ilmu...UPM tetap dlm kenangan ku...hemmm lama sungguh tak kesana...hatiku berbisik...alang-alang ke sana boleh jenguk-jenguk upm...sambil bertemu kawan lama...sambil macam-mcam lagi...rasanya macam-macam nk ku buat tetapi masa yang membataskan segalanya....

Alhamdulillah, perjalanan sungguh lancar walaupun cuaca mendung serta diselangi hujan....munajatku supaya Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan ku serta tiba dengan selamat walaupun sebenarnya hb, mil pon risau...akhirnya aku sampai ke MARDI upm walaupun sebenarnya aku tersesat sikit kt cyberjaya logik la kan dh lama tak sampai...banyak jalan serta bangunan dah berubah...sedangkan manusia pun berubah inikan pula jalan hahaha

Kedatangan ku di sambut oleh floormate aku semasa kt upm...Suria namanya... sempoi, suka gelak,baik hati,lurus, orang yg terus terang. Alhamdulillah Allah mempermudahkan lg urusan ku apabila aku dapat menumpang tidur di rumahnya dan kebetulan rumahnya tidak jauh dengan rumah ayu...aku nyatakan disini bahawa best sangat sebab dapat mengimbau kenangan dan bercerita masa zaman study dulu lebih-lebih lagi ketika makan tengahari bersama di gerai sekitar upm...banyak sangat kenangan perlu ku simpan rapi di memori ini...





Inilah suasana sekitar tempat kerja suria serta kawan-kawan nya...ku kenalkan kat sini Suria, Azura serta Niza [dari kiri ke kanan yaa...] kesempatan berbual dlm masa beberapa jam kiranya memberi ku peluang mengenali para-para penyelidik mardi upm ini sangat gembira beramah mesra dgn kalian...hemmm ada-ada saja mereka ni lebih-lebih lagi gembira bila minta disnap gambar mereka oleh oleh mommy to be Azura..inilah mereka tidak kekok bergambar ...teringat juga masa aku di upm dulu...pantang ada jer kamera pasti snap...kini giliran mereka...aku menjadi photographer tak profesional...


Azura minta aku snapkan gambar dia di akhir 36 weeks ni...yang best nyer nk nampak perot lagi...ya la ku tunaikan hajatnya


Sangat gembira aku melihat keriangan mereka ini...sempat lagi nak action mcm main aci sembunyi...masa aku snap gambar ni sekitar hampir pukul 4.00 ptg..


Hemmm ni pulak aweks "savvy" tengah promosikan savvy...sampai menjerit-jerit kereta tu buat hal disebabkan aksi-aksi beramah mesra yg keterlaluan...

Kini aku dan upm menunggu di lain lembaran untuk bertemu...aku sentiasa nantikan lembaran itu...Insyaallah another day

UPM, Suria ku tinggalkan sementara demi mengejar cita-cita lama...saturday morning aku ambil hb kt stesyen komuter serdang...aku masih follow keta Suria untuk perjalanan ke rumah ayu...semalam sebenarnya kami dah cari...alhamdulillah dh jumpa...so hari ni tak perlu susah hati takut tak jumpa rumahnya...aku orang yg pertama tiba di rumah ayu...hb tinggalkan aku di rumah ayu kemudian dia berkelana di masjid sekitar BK 4...di samping aku menunggu yg lain diantaranya aimi yg lain aku tak pasti siapa lagi...rakan fp aku yg tidak pernah ku jumpa...berdebar-debar juga nk jumpa sebelum ni aku dan aimi bersms,berym...merancang,buat dicision dan macam-macam lagi...bagaikan dah kenal lama ternyata terbukti pabila ayu bertanya aimi dan rani dh kenal lama ker??? heheh itu lah ertinya sebuah persahabatan...sebenarnya yang jauh itu dekat yang dekat itu jauh...cuba amati betul-betul....sesambil tu aku sempat snap gambar ni yg menjadi tontonan sesiapa sahaja yg berkunjung ke kediaman ayu...



Hemmm inilah kek-kek yg telah dideko ayu...cantik dan kemas...


Aimi yg kutunggu dah pun tiba... hahaha sebelum tu fiza, nora dan akhirnya baru aimi sampai..tak habis berborak dan tak puas berborak kelas mesti dimulakan dan sesi bersembang-sembang sambil-sambilan lepas tu keja pon lambat laaaaa aimi ni minat purple...pakaian dia aritu semua purple termasuk eye shadow nyer jangan marah yer aimi...fiza pula ibu punyai 5 anak. seorang yg baik, dlm diam dh siap kejanya...hebat tu...yang paling kecil anaknya masih baby 2 bulan gitu...nora pula heheh anak dara berkhidmat di UKM sebagai penolong pendaftar...putih melepak lagi...


Mula lah sesi mendeko....sebelum tu aku ngan aimi sambil-sambil pok pek-pok pek x henti...seronok sungguh aku jumpa aimi ni...ramah betul dari saya awak bertukar aku hang .sempoi gak tp perfectionist kata hb dia...ni adalah first deko yg kami semua perlu buat...rumusannya buat bw ni x susah sangat tp kena maintain supaya anyamannya nampak kemas dan nampak hidup...bw ni kami semua dapat buat kejap jer...suka sangat buat bw ni...bila dh siap tengok jd motivated utk teruskan yg lain...



Kalau amati betul-betul masih terdapat kelemahan dan kekurangan bagi deko ini....sebenarnya deko ini pun mempunyai teknik supaya kelihatan kemas dan menarik, tapi ketika melakukan deko ni rasa gementar masih menebal...apa tak nya takut tak jadi dan tak elok...biasa la perasaan bagi orang yg blum mahir dlm bidang ini...kata ayu "deco ni kamu akan mahir bukan kerana lama mendeco tp sekerap mana kamu deko dan praktis" hemmm begitulah berdasarkan pengalamannya itu yg cuba ayu disampaikan.


Cantik kan??? Inilah hasil deco aimi walaupun katanya mencabar dan masih longgar...sebenarnya aku pun juga ada juga menghadapi masalah yg sama..nak perfect semua mana boleh oiiii kita masih baru melainkan paractise selalu akan megubah segalanya... tak pa perasan sebegitu perlu kerana kita akan cuba buat yg lagi baik ok my friend???



Antara semua yg aku deko, ini yang banyak memberi cabaran dan sedikit sebanyak menyumbang kepada stress...haha mcm masalah dunia pulak sebenarnya yg agak susah la bg aku apabila menyapu bc pada tingkat 1 dan tingkat 2. Hemmmm aku rasa masalah yang sama dan rasa yang sama juga dihadapi oleh nora ketika mendeko kek tingkat tingkat ni...betulkan nora??? Sebenarnya ada teknik...sbb tak tau nk guna dan handle teknik tu yg menjadikan pening tu....first time buat kek yg bentuk bunga-munga ni...tapi tak mengapa semua ni memberikan pengalaman ...kalau ikut susah untuk mendeko bentuk tu memang aku tak mau ...

Tapi yg paling syiok masa deko kek ni ialah masa time buat roses...aku rasa aku dan aimi sangat teruja untuk belajar buat deko roses ni...ni ternyata pabila aimi ada rasa puashati boleh buat roses, tp biasala kan dia akan kata roses aku tak cantik emmmm mcm mana roses kita nk cantik... kita baru belajar dan tak pro lagi semua kata-kata tu akan akan menjana semangat yg lebih tinggi jangan sedey-sedey yer aimi...







Heheh ni aku nk komen secara peribadi tentang roses aku ni...para pengunjung juga sila bg komen yang telus yer...sblm tu komen aku tiada kaitan degan siapa pun...sekadar pengalaman yang ciput ku alami dan apa yang aku rasa. Ur feel free to komen heheh dari segi rupa memang bukan roses yg sempurna lagi..dlm mempelajari nk buat roses ni memang ada teknik...itu aku akui...klau tiada teknik macamana nk buat tp yg aku nk bg taw kat sini bahawa apabila kita gunakan teknik yg diajar, cara yg ditunjuk,langkah yg sepatutnya, apa yg kena buat,cara tekan bc, angle,dan mcm-macam lagi, tp apa yg dapat ku rumuskan bahawa roses yang dihasilkan seseorang dgn orang yang lain tak akan sama...mungkin bole buat hampir sama itu lah seni beb!!! seni seseorang dengan seseorang tak sama yer... betul tak??? kalau tak semua roses orang sama dan tiada identiti.. hatta roses yang Allah ciptakan pun bermacam rupa, bentuk, dan kelopak, yang pasti kita kenal bahawa itu adalah roses...





Masa buat novelty kek ni aku dah flat masa selesai buat kek jam menunjukkan pukul 9.30 mlm...bukan stress kerana susah tp dh tak bole concentrate penat gilesss sampai aimi dh bole detect aku stress sesangat...dh letih dan penat..so mood penat menjelma...







Bergambar setelah semuanya selesai...rani, nora, aimi dan fiza. Nampak sangat dah penat. Dah tak boleh nk bergambar sambil berdiri dan skirt aku pun dah comot-comot mlm tu punya plan sebenarnya nk singgah tidur kt one of my fp friend tp dah letih terus minta tlg ayu tunjukkan kt mana budjet hotel yg dekat-dekat area situ..so tido kt Sun Inn hotel sunway...dan besoknya lepas breakfest dlm pukul 8.30 pg bertolak ke canglun ngan hb



So kt bawah ni ada gambar yg sempat di snap kt bukit gantang RnR...














so sampai jumpa lg yer...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net