.:.am&rani.:.

By: rani ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jun-2008 00:30 Email | Share | Bookmark
Baru apdet

 
Salam no
dah lama sangat tak apdet
bukan tak mau apdet tp
demam belum recovery lg
batuk-batuk semakin teruk
selesema pon masih ada...

So ni baru nk cerita pengembaraan rani ke Pekan, Pahang utk kelas kek yng seterusnya bersama k.zati. So dah lama rancang tp tak la lama sangat sbb kena cari masa yg sesuai baru la bole pi sana...dah la jauh kan so bak kata timing kena betul la kan so rani, aimi dan k.farah. Aimi dari temerloh, k.farah dari kuantan dan rani changlun.

Quote:
Macam-macam pengalaman berlaku sebelum nk ke sana memula tu dah ready dh amik tiket bas nk kesana...amik lebih kurang 10 hari sebelum pengembaraan. Tau la kan nk pi kelas kek kali ni kena musim cuti sekolah jd orang pon ramai la kan. Rani amik tiket bas kesatuan dari alor star ke temerloh pukui 9.00 mlm beria-ria budak yg juai tiket tu kata kak mai tunggu kt kaunter sini pukui 8.45 mlm...rani pon o.k no hal. Sebenarnya rani akan pi ke pekan dengan aimi dan k.farah tp sebelum tu akan transit ke rumah aimi dulu lepas tu baru ke kuantan dengan aimi dan kami bertiga bertolak bersama dari kuantan ke pekan. Haa tetiba mlm nk bertolak tu bila dh tunggu punya tunggu bas gue blom datang sampai pukui 11.00 mlm wei...sesambil tu inform kat aimi kata bas lewat. So dlm pukui 11.15 mcm tu la baru bas mai...tp lain pulak ceritanya si budak yg juai tiket tu sebenarnya tak mintak seat kt bas ekspres kesatuan tu so apa lg no seat 4 me la kan...ho ho ho orang yg tengah cek tiket kt atas bas tu kata tak bole naik sbb budak tu tak minta seat. So klau orang ada yg tak datang baru bole naik. Aikkk??? mana bole jd cmni??? ok tak pa tunggu dulu kot ada yg orang tak datang nanti bole naik..tp meleset, bas penoh dan jalan. Tinggai rani and hubby. So dgn rasa tak puas hati kami pi jumpa budak tu, dia ingat rani tak taw yg dia tak minta seat, so budak tu mengomel katanya "ahh depa ni atuq tak kena ni, saya dah bg taw awai tp depa tak pandai atuq" cewah. Hubby cool jer, so rani pon kata la "Saya di beritahu bahawa awak tak minta seat untuk saya, kenapa awak nk salahkan dia pulak??? Hari tu awak pandai sangat cakap??? Awak jangan tipu saya, saya tahu, kalau awak salah awak mengaku la awak salah, jangan nk salah kan orang lain pulak". So dia masih nk salahkan orang lain. Rani kata " Awak tak bole mengaku ka awak yg salah??? Saya nk pi pahang ni bukan saja-saja nk pi, saya ada hal, ada benda yang saya nk buat, awak tahu tak dengan kejadian yg mcm ni saya terpaksa reschedule saya punya plan dan awak telah menyusahkan saya" lepasntu dia pon kata "Maaf la kak, abang, saya minta maaf sangat-sangat" so hubby kata "so sekarang ada lagi tak bas ke pahang mlm ni??? "mlm ni dh tak ada" kata budak tu. Huwaaaaaaaa so hb kata cmner??? so apa pon terpaksa naik bas ke KL, kemudian gi ke stesyen bas pekelililng, kemudian baru amik bas ke Temerloh. Hubby calling anak menakan dia soh amik rani kat pudu then hantar ke stesyen bas pekeliling. Perjalanan dari alor setar ke k.l sgt tak best sbb duduk kt seat belakang sekali sangat penat dan letih o.k. Perjalanan ke KL menaiki bas durianburung double deck


Quote:
Hahaha sesampai di pekeliling perlu amik bas ke temerloh. Ni pon satu lg stesyen bas yg asing bagi rani. Mana blom sampai sebelum ni. Amik bas seawai 7.00 pg utk ke temerloh. Perjalanan ke temerloh amik masa 1jam 45 minit dan sempat rani zzzzzzz kejap disamping perut rani yg dh mula kuk krek kuk krek dan dapat berjumpa aimi dgn selamatnya nanti sambung cita entry kt rumah aimi....


Rani, aimi dan k.farah bertolak dari kuantan utk menuju ke pekan klau x silap bertolak jam 7.30 pg sampai dalam pukul 8.40 pg. Dalam perjalanan tu sempat la bersembang-sembang antara satu sama lain. Rani dan aimi dh banyak yang taw...jom kita berkenalan ckit dengan ngan k.farah ni...yang paling best sebenarnya k.farah ni seorang yg tidak cerewet, mudah dan senang disamping baik hatinya menumpangkan rani dan aimi bermalam di istana idamannya..sangat cantik rumahnya bg kami berdua la kan...orangnya low profile tp lacturer o.k..kt uitm kuantan. Walaupun k.farah baru penah join kelas deko kek yg besar tp tangannya berseni juga taw...so perjalanan kami ke pekan tidak terasa dengan seisi sembang-menyembang dan hilai tawa kami esp rani sesampai di pekan, kami sempat breakfast kat pekan sebelum tunggu cikgu azlee untuk konvoi ke rumah k.zati.

kejap!!!
Quote:
sblum tu layan la dulu rumah k.farah yg cumil ittew...cantik bukan??? yg lelain rahsia...hohoho mcm-mcm ada...rani simpan yer k.farah


So bermula lah kelas baking ini di sesudah sampai di rumah k.zati. Segala aktiviti menimbang, mendeko kami lakukan di atas meja yg panjang disediakan oleh k.zati. Kami bertiga bekerja di situ menyiapkan kek-kek kami. Manakala untuk membancuh adunan kami disediakan mixer sorang satu untuk kerja-kerja membancuh dan di tempatkan berasingan dari meja aktiviti menyukat dan mendeko. Sepanjang kelas berjalan k.zati memberi tips-tips serta perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ketika mengadun terutamanya dan membakar kek supaya outcome yg dihasilkan seperti diharapkan



Selain itu peralatan seperti nozel juga kami tidak perlu berkongsi...k.zati sediakan 1 set setiap seorang jadi tak perlu berkongsi dan sangat menjimatkan masa o.k...pada hari pertama adalah hari membaking dan berlatih bermain icing. Kami perlu buat 5 biji kek setiap seorang seperti Instant sponge kek, traditional sponge kek, chiffon cake, butter cake and orange moist cake. Selang masa diantaranya adalah makan dan sembahyang. Aktiviti baking ini selesai sehingga petang. Kemudian kami berlatih bermain icing...bestnya!!! suka sangat!!! k.zati ajar bunga ros, 5 petals, shell, reverse shells, frils, anyam tali dan ada beberapa lg....part ni rani rasa bagus sbb dh banyak kelas dh pi banyak juga kelas tak mention klau kita buat silap dlm belajar belatih tu...tp kelas k.zati ni dia akan bg taw dan k.zati akan nampak cara kesilapan kita apa yg kita buat ketika dok press icing tu dan dia akan bg taw cara yang sebenar macam mana so kelas pada hari pertama berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam dek akibat kelekaan kami berlatih bermain ising...kelas sangat best walaupun baru permulaan. Sebenarnya memang tak kenal pon sifat peribadi k.zati mcmana...memula tu takut jugak sbb serius sangat menulis dalam fp, sehingga rani terpanggil untuk bertanya "Kenapa k.zati serius sangat" padahal bila kami jumpa mcm o.k jer...ada la part-part yang dia akan serius... tu biasa la kan atau aura kami esp rani dan aimi yg ramah tamah bikin kecoh



Hari ke 2...deko, deko, dan deko...dalam perancangan kami perlu menyimen dan mendeko 3 daripada 5 biji kek yang yang kami hasilkan. Kek pertama yang kami deko adalah basketweave. Masing-masing memberi tumpuan sepenuh perhatian untuk mendeko kek ini...k.farah memilih wana hijau, aimi wana peach orange, rani kelabu biru. K.zati mengajar cara menyimen yang betul disamping menberi banyak tips dari segi nk hasilkan bc yang baik utuk sapuan, teknik menyapu, teknik menyimen, dan melincinkan bc pada kek. sedar tak sedar hingga lewat petang kami baru selesai mendeko 1 biji kek!!! Ha!!! Ingat!!! ada 2 biji lagi!!! keja-keja mendeko kami perlu teruskan demi menyiapkan lg 2 biji lagi. Semasa mendeko k.zati akan membimbing kami dan akan tunggu deko kami sehingga selesai...sebenarnya hari ke 2 ini banyak pengalaman yang kami alami seperti bunga tak jadi la, senget la, macam-macam la sehingga menguji kesabaran dan kadang-kadang akan down tapi disebabkan k.zati sentiasa membimbing dan tanamkan sifat jangan mudah mengalah kami pon secara tak langsung boleh laluinya...

Quote:
Ni kek pertama yg rani deko, suka sangat wana ni. Bunga memang simple sangat, drop flower ajar. Rani suka bunga yang simple-simple.







Quote:
ni aimi punya



Quote:
ni pula k.farah punya



Deko diteruskan dgn kek yng kedua iaitu kek hantaran. Aimi memilih wana putih+purple, k.farah putih, rani kuning. Rasanya masa ni dh dlm pukul 9.00 mlm lebih dah. Kami memilih bunga ros untuk hiasan utama di atas kek. Memang penat juga menghasilkan bunga-bunga ros idaman lain orang lain ros nya taw...masing-masing ada kecantikan tersendiri ketika menghasilkan kek ni kami semua enjoi sangat walaupun penat dan stress nk menghasilkan bunga ros idaman yang bestnya ada saja topik yng dibualkan sehingga ketawa berdekah-dekah rani aimi toksah kata la kan...paham-paham saja nooo termasuklah k.zati tak putus-putus gelak hingga hilang suara dan k.farah yang ayu tu pon tak tahan dgn cerita-cerita yang dibualkan

Quote:
ni hasil deko kami bertiga


Quote:
my wedding cake







Abis deko kek ke 2 ja rani dan k.farah amik nap jap sbb terlalu ngantuk kecuali aimi tengah abiskan deko kek ke 2 dan terus sambung kek ke 3. Dalam pukui 2 atau 3 pagi kami teruskan balik untuk deko ke yg ke 3 kek yang seterusnya adalah cartoon character. Memasing dgn kartun pilihan masing-masing. Dalam banyak-banyak kek rasanya kek ni yang paling mudah. Semuanya comei-comei belaka...

Quote:
my Sonic


Spongebob aimi


Strawberry short cake k.farah




Untuk deko hari terakhir ialah kek 3D. Nak mendeko dan nak menyiapkan kek ni kena kreatif, rumit dan banyak kerja banyak kesabaran diperlukan. Seharian kami mendeko kek ni hingga petang baru abis. Kena tekun nk penuhkan semua ruang tu...

Quote:
my 3D bear


3D house


3D barbie doll


Hahaha 4 bijik sudah siap!!! lg satu biji lagi laaa nk buat kek cut and paste.Masing masing memilih angka kegemaran masing-masing. Semua angkanya ganjil-ganjil belaka. Kek ni adalah antara kek yg susah untuk disimen sebab angka-angka yang dipilih berlekuk-lekuk so jd sangat susah, masa nk deko pon sangat susah kt lekuk-lekuk tu

Quote:
no. 9 taw bukan 6


aimi


k.farah



tambah ckit noo...semalam tak semapt nk habiskan fp buat hal mengong-mengong
Quote:
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat k.zati menjadi guru sertai membimbing kami dalam kerja-kerja seni ini serta layanan yang memuaskan sepanjang kami berkhemah disana terima kasih daun keladi lain lembaran berjumpa lagi.
Untuk sahabat ku aimi aku masih boleh flashback apa yang kita lalui bersama lebih-lebih lagi apabila hang akan gelak sampai tak terkontrol....aku rasa hanya aku saja kot yang bole bg hang gelak mcm tu dan ucapan jutaan terima kasih untuk hang sekeluarga yang sanggup menumpangkan aku berteduh dan memberi sebaik-baik keperluan untuk aku berada disana...aku berdoa semoga Allah membalasnya dengan rezeki yang melimpah ruah sehingga banjir
Buat k.farah yang tidak cerewet susah sebenarnya nk jumpa orang seperti k.farah tapi alhamdulillah rani diberi kesempatan berjumpa dan mengenalimu walaupun seketika cuma, terima kasih juga di atas kesudian menerima kami berdua sebagai tetamu nakalmenghuni bilik itu...moga Allah saja yg bisa membalasnya di atas kebaikan yang diberikan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net